Followers

Wednesday, April 15, 2009

Mari mengingati Rasulullah s.a.w yang di cintai

Apalah salah kiranya sekali sekala kita menjernihkan hati dan fikiran kita dengan membaca, mendengar dan melihat kisah- kisah Rasulullah s.a.w. Walaupun vt ni dh agak lama tp aku rs tak salah kalau aku nk post kan. Aku suka sangat dengar ucapan Ustazah Nor Baiyah yang ini. Tersangat menyentuh perasaan aku. Pertama kali aku dengar, mangalir air mata aku. Betapa syahdu, betapa pilu dan betapa penceritaannya sampai kepada aku. Dan setiap kali aku dengar, aku akan tertanya “Bisakah aku mencintai dan menyayangi Rasulullah sebagaimana hebatnya Baginda menyayangi aku sebagai ummatnya?”. Dan tiba- tiba aku rasa betapa teringinnya aku untuk berada bersama-sama Baginda di dalam syurga yang kekal abadi. Betapa tingginya keinginan ku, sedangkan aku tahu aku belum layak untuk memiliki itu. Cuma berdoa, semoga aku juga akan jadi orang yang layak untuk bersama Baginda suatu saat nanti. Amin..







Disini juga aku sertakan Ucapan Ustazah Nor Baiyah dalam bentuk teks. Aku dengar and aku salin dalam bentuk teks. Ucapan yang ringkas, ucapan yang penuh dengan pengajaran dan ucapan yang penuh bermakna bagi aku. Apalah sangat aku kerahkan sedikit kederat aku untuk menyalin balik setiap patah perkataan ucapan Ustazah Nor Baiyah ini. Aku suka, aku gembira and aku bahagia buat semua ini.

===============================================================

Ketika ajal Rasulullah s.a.w hampir tiba sebelum baginda menghebuskan nafas yang terakhir baginda meminta izin kepada isterinya untuk berada di rumah saidatina Aishah r.a. Dibawa kerumah Aishah, Aishah pangku Rasulullah s.a.w. Isteri mana yang dapat menahan kesakitan, penderitaan suaminya. Isteri mana yang dapat menahan kesedihan melihat suami menderita kesakitan. Aishah membaca doa, menyapu keseluruh tubuh Rasulullah s.a.w sambil memegang tangan suci baginda turut di sapu agar mendapat seribu satu keberkatan. Nabi memerintahkan, panggil Fatimah puteri kesayanganku. Fatimah datang, duduk disisi Rasulullah s.a.w. Nabi cium Fatimah, Fatimah membalas ciuman tersebut. Nabi cium Fatimah lagi sekali, Fatimah pandang tepat ke mata ayahanda nya seolah-olah itu adalah ciuman terakhir dari seorang ayah kepada anak yang paling dicintai dengan sepenuh hatinya. Fatimah melihat kesakitan nabi, lalu Fatimah berkata "Duhai ayahanda kesayanganku, saya tak sampai hati melihat ayahanda di dalam kesakitan seperti ini”. Nabi masih mampu mengukirkan senyuman "Sabarlah wahai puteri kesayanganku, selepas ini ayah tidak akan sakit lagi kerana ayah akan pergi meninggalkan kamu untuk selama-lamanya”. Suasana sedih, sayu dan pilu ketika itu. Nabi minta Fatimah bawa Hassan dan Hussein datang kesisi Nabi. Nabi peluk Hassan, nabi peluk Hussein. Nabi cium mereka, itu juga ciuman yang terakhir. Nabi pesan "wahai cucu-cucu kesayanganku sentiasalah sepanjag hidupmu menabur kebaktian demi kebaktian. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w berkata kepada Saidatina Aishah " Ya Aishah, ya Aish.. Sakit rasanya Sakaratul maut. Ketika malaikat maut cabut nyawa Nabi paling halus, paling lembut,paling perlahan. Nabi sakit kerana Nabi minta dengan Allah " Ya Allah, izinkanlah aku merasai bagaimana sakit sakaratul maut ummatku nanti sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir”. Hebat sekali kasih nabi kepada kita. Ketika itu Aishah nampak nabi menadah tangan sambil matanya memandang keatas, tiga kali Nabi berdoa "Ya Allah, ya tuhan ku.. ampunilah dosa hambamu, tempat kan lah aku disisi kekasihku yang paling tertinggi" tiga kali Nabi ulang doa.

Tiba-tiba bibir Nabi bergerak dua kali, Anas bin Malik nampak sebelum nabi menghembuskan nafas yang terakhir. Nabi sebut nama kita, "ummati, ummati... ummatku, ummatku..". Nabi menghembuskan nafas yang terakhir di atas ribaan kekasihnya Saidatina Aishah r.a, 12 Rabiul Awal, Tahun 11 Hijrah ketika baginda berusia 63 tahun. Fatimah menangis "Duhai ayah kesayanganku engkau telah pergi menyahut seruan Ilahi, Duhai ayah kesayanganku.. sesungguhnya Jannatul Firdaus sedang menanti mu". Nabi telah pergi meninggalkan kita, kita rasa sedih kerana dalam hati kita ada rasa cinta, ada rasa sayang. Kata Nabi "Barang siapa yang cinta kepada aku, barang siapa yang kasih kepada aku.. sesungguhnya mereka ini lah yang akan berada denganku di dalam syurga yang kekal abadi”.

Andai benar cinta kepada Nabi, dua pusaka nabi tinggalkan kepada kita, Al-Quran dan Al-Sunnah. Jangan dijauhkan, dibaca selalu, dijadikan amalan. InsyaAllah.. suatu saat, suatu ketika, dengan izin Allah jua kita akan bersama dengan Nabi di dalam syurga yang kekal abadi.. amin.. amin.. ya rabbal alamin...


Bunga rampai atas titi,

Masa dah sampai saya nak berhenti,

Banyakkan selawat, banyakkan ibadat,

Barulah kita bahagia dunia dan akhirat.

===============================================================

No comments: