Followers

Wednesday, April 22, 2009

OST Yusuff- Jangan Engkau Pergi by Imran Ajmain


===================================================================

Imran Ajmain - Jika Engkau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

===================================================================

Special dedicated for my sweet fren- zila sweet. Selamat menikmati lagu ni, ok!!. Dan selamat melayan drama Yusuff. Jangan sampai jatuh hati lak ngn Yusuff. Hahaha.. Rosalinda n Alberto. Xleh blah betoi. Kelako seyhh>>>

KEREPEK OH KEREPEK!!

Knp kerepek?? Kerana kerepek telah menjadi agenda utama dalam hidup aku utk semester ini. Knp kerepek menjadi agenda utama aku? Knp kerepek perlu hadir dlm hidup aku? Hahha.. kenapa??>>> kerana ianya telah menjadi satu tanggungjawab dan tugasan yang perlu aku laksanakan.

Subjek aku sem ni-Professional Selling- telah memaksa aku n the gang utk menjual produk. Target sales adalah RM 10, 000. gler banyak!! Dalam masa 4 bulan. Aduyaii.. mcm mne tu? Boleh ke kitorang dapat RM 10,000?

Pk punya pk n then kitorang choose utk jual KEREPEK. Knp kerepek?? Kerana kitorang suka makan kerepek. Hahha.. n kerana member aku tu org Batu Pahat, Parit Raja ( dkt UTHM tmpt aku blaja dulu). And my lecturer juga ade pesan supaya pilih produk yang "modal KECIL, untung BESAR n kerja SENANG". Soo.. kitorang decide utk jual kerepek.

Bermula pada saat itu, maka bermula lah kehidupan aku dengan kerepek. Hahaha… Pertama kali packing kerepek n jual kerepek agak teruja juga. Almaklumlah.. pengalaman pertama katakana Hihi.. tp skang ni ble dh hari-hari tgk kerepek, jual kerepek. Aduyaiii…naik menyampah pulak rasa. Setiap mnggu kne packing kerepek, lps tu tiap2 hari jual kerepek. Padahal xde la hari-hari sgt pn. Hehe.. kdg2 tu curi tulang gak. “jangan marah boss!!”. Penat lorh rasa, lagi2 time packing tu, aduyaiii.. rasa cm nk patah tulang belakang aku ni . Hahaha.. tapi nk wt cmne kan buat jelah dgn penuh kesabaran. Aku sudah kehilangan weekend day’s yang indah dalam hidup aku hanya kerana KEREPEK. Ohh nooo!!. Huhuhu…

Xsabo rs nyer nak say bye-bye kt kerepek yg aku syg ni. Hehhehe.. Tp xbaik kan buat kerja kerana terpaksa, tp??? Betul2 rs terseksa ni. Huk huk huk.. Xpe- xpe, nnt kalu dh dpt duit RM 10, 000 tu blh kitorang enjoyyyy!! Hureeeyyy!! Best!! Best!!.

GOD.. please give me a very big luck in this poject. Semoga dgn restu dan izin dari Nya kami akan berjaya menyempurnakan tugasan ini. Amin….

ST 12 – Jangan Pernah Berubah

Sdp pulak aku dgr suara mamat ST 12 ni. Hehe.. tgk muka biasa jerk, tapi suara.. perghh!! Bisa jatuh cinta aku dibuatnya. Hahhaa… sume lagu die sdp dan enak utk didgr. ‘Jangan Pernah Berubah’ aku xth sama ada lagu ni lgu bru atau lama, yg pastinya aku bru dgr n bikin aku layan setiap masa. Layan jangan x layan>>>


Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas 'tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Saturday, April 18, 2009

Stacy - Cinta yang Ku Duga


Stacy - Cinta Yang Ku Duga

walau hatiku pedih
ku rasa sendiri kepedihan
kesakitan hati ku menangis
rintihan jiwa yang terus merana

walau ku sendirian
ku renangi lautan yang dalam
tiada siapa sudi perhatikan
itu yang ku duga selama ini

kesakitan cinta yang melanda ku
menghentikan degupan rindu
yang hampir bernyawa
kecewa yang tiada terhingga
bila mendengar berita kau tak cintaiku
kini ku fahami erti cintamu
kau hanya bernyawakan patung dalam
dirimu
kecewa melanda dihati
mengapa begini yang aku hadapi
(kekasihku)


Group Project @ S.P.N.B

Sesungguhnya, jutaan terima kasih saya hulurkan kepada En. Mahyuddin terutamanya dan En. Putra kerana telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada kami semua dalam menyiapkan tugasan Project Management ini.

Tugasan ‘Project Complete but Delay’. Kami telah memilih Syarikat Perumahan Negara sebagai Company rujukan kami dalam mendapatkan maklumat yang kami inginkan. Alhamdulillah, proses untuk mendapatkan maklumat itu berjalan dengan lancar. Pertama kali pergi ke Syarikat tu agak seram sejuk jugak. Almaklumlah nak jumpa orang korporat, nak bercakap dengan orang BESO. Ingat senang ke nak berurusan dengan org2 korporat ni. Kena buat appointment dulu la, mne leh nk datang n jumpa sesuka hati jerk. pastu kalu nk bercakap pn, kena cakap ngn secretary die dulu. Hurm.. Tapi kira bernasib baik jugak la sebab org korporat yang kami jumpa ni, baik orangnya and tidak la begitu menyeramkan. Hehee.. senang la sket nk wt kerja kan.

And nasib naik jugak la, kami dapat ahli group yang OK n tidak ade apa2 masalah sepanjang kami menjalankan tugasan ini. So.. maklumatnye dh dpt Cuma tinggal buat report and prepared for presentation je lah. Huhu.. harap2 semuanya akan berakhir dengan baik and suksess!!

To all my group members, Kak Faiz, Kak Wani, Zila n Ekin.. Samo-samolah kita berjuang nanti yerr.. hihi.. CHAIYOKK!!!.... Dah settle sume, pe la gi, moh la kita layan gambo-gambo kitorang yang cun melecun ni. hehehe >>>>>
====================================================================

Zila n Ekin

Kak Faiz , Kak Wani n Me

My group members: Kak Faiz, Kak Wani, Zila, Ekin n Numa

My group members again!!

shUe n Ekin


Ekin n Zila
Numa n Zila
<<numalurvieya>>====================================================================




Wednesday, April 15, 2009

Mari mengingati Rasulullah s.a.w yang di cintai

Apalah salah kiranya sekali sekala kita menjernihkan hati dan fikiran kita dengan membaca, mendengar dan melihat kisah- kisah Rasulullah s.a.w. Walaupun vt ni dh agak lama tp aku rs tak salah kalau aku nk post kan. Aku suka sangat dengar ucapan Ustazah Nor Baiyah yang ini. Tersangat menyentuh perasaan aku. Pertama kali aku dengar, mangalir air mata aku. Betapa syahdu, betapa pilu dan betapa penceritaannya sampai kepada aku. Dan setiap kali aku dengar, aku akan tertanya “Bisakah aku mencintai dan menyayangi Rasulullah sebagaimana hebatnya Baginda menyayangi aku sebagai ummatnya?”. Dan tiba- tiba aku rasa betapa teringinnya aku untuk berada bersama-sama Baginda di dalam syurga yang kekal abadi. Betapa tingginya keinginan ku, sedangkan aku tahu aku belum layak untuk memiliki itu. Cuma berdoa, semoga aku juga akan jadi orang yang layak untuk bersama Baginda suatu saat nanti. Amin..







Disini juga aku sertakan Ucapan Ustazah Nor Baiyah dalam bentuk teks. Aku dengar and aku salin dalam bentuk teks. Ucapan yang ringkas, ucapan yang penuh dengan pengajaran dan ucapan yang penuh bermakna bagi aku. Apalah sangat aku kerahkan sedikit kederat aku untuk menyalin balik setiap patah perkataan ucapan Ustazah Nor Baiyah ini. Aku suka, aku gembira and aku bahagia buat semua ini.

===============================================================

Ketika ajal Rasulullah s.a.w hampir tiba sebelum baginda menghebuskan nafas yang terakhir baginda meminta izin kepada isterinya untuk berada di rumah saidatina Aishah r.a. Dibawa kerumah Aishah, Aishah pangku Rasulullah s.a.w. Isteri mana yang dapat menahan kesakitan, penderitaan suaminya. Isteri mana yang dapat menahan kesedihan melihat suami menderita kesakitan. Aishah membaca doa, menyapu keseluruh tubuh Rasulullah s.a.w sambil memegang tangan suci baginda turut di sapu agar mendapat seribu satu keberkatan. Nabi memerintahkan, panggil Fatimah puteri kesayanganku. Fatimah datang, duduk disisi Rasulullah s.a.w. Nabi cium Fatimah, Fatimah membalas ciuman tersebut. Nabi cium Fatimah lagi sekali, Fatimah pandang tepat ke mata ayahanda nya seolah-olah itu adalah ciuman terakhir dari seorang ayah kepada anak yang paling dicintai dengan sepenuh hatinya. Fatimah melihat kesakitan nabi, lalu Fatimah berkata "Duhai ayahanda kesayanganku, saya tak sampai hati melihat ayahanda di dalam kesakitan seperti ini”. Nabi masih mampu mengukirkan senyuman "Sabarlah wahai puteri kesayanganku, selepas ini ayah tidak akan sakit lagi kerana ayah akan pergi meninggalkan kamu untuk selama-lamanya”. Suasana sedih, sayu dan pilu ketika itu. Nabi minta Fatimah bawa Hassan dan Hussein datang kesisi Nabi. Nabi peluk Hassan, nabi peluk Hussein. Nabi cium mereka, itu juga ciuman yang terakhir. Nabi pesan "wahai cucu-cucu kesayanganku sentiasalah sepanjag hidupmu menabur kebaktian demi kebaktian. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w berkata kepada Saidatina Aishah " Ya Aishah, ya Aish.. Sakit rasanya Sakaratul maut. Ketika malaikat maut cabut nyawa Nabi paling halus, paling lembut,paling perlahan. Nabi sakit kerana Nabi minta dengan Allah " Ya Allah, izinkanlah aku merasai bagaimana sakit sakaratul maut ummatku nanti sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir”. Hebat sekali kasih nabi kepada kita. Ketika itu Aishah nampak nabi menadah tangan sambil matanya memandang keatas, tiga kali Nabi berdoa "Ya Allah, ya tuhan ku.. ampunilah dosa hambamu, tempat kan lah aku disisi kekasihku yang paling tertinggi" tiga kali Nabi ulang doa.

Tiba-tiba bibir Nabi bergerak dua kali, Anas bin Malik nampak sebelum nabi menghembuskan nafas yang terakhir. Nabi sebut nama kita, "ummati, ummati... ummatku, ummatku..". Nabi menghembuskan nafas yang terakhir di atas ribaan kekasihnya Saidatina Aishah r.a, 12 Rabiul Awal, Tahun 11 Hijrah ketika baginda berusia 63 tahun. Fatimah menangis "Duhai ayah kesayanganku engkau telah pergi menyahut seruan Ilahi, Duhai ayah kesayanganku.. sesungguhnya Jannatul Firdaus sedang menanti mu". Nabi telah pergi meninggalkan kita, kita rasa sedih kerana dalam hati kita ada rasa cinta, ada rasa sayang. Kata Nabi "Barang siapa yang cinta kepada aku, barang siapa yang kasih kepada aku.. sesungguhnya mereka ini lah yang akan berada denganku di dalam syurga yang kekal abadi”.

Andai benar cinta kepada Nabi, dua pusaka nabi tinggalkan kepada kita, Al-Quran dan Al-Sunnah. Jangan dijauhkan, dibaca selalu, dijadikan amalan. InsyaAllah.. suatu saat, suatu ketika, dengan izin Allah jua kita akan bersama dengan Nabi di dalam syurga yang kekal abadi.. amin.. amin.. ya rabbal alamin...


Bunga rampai atas titi,

Masa dah sampai saya nak berhenti,

Banyakkan selawat, banyakkan ibadat,

Barulah kita bahagia dunia dan akhirat.

===============================================================

My External Hard Drive Transcend 250 GB at PC Fair KLCC


Cun tak my External Hard Drive?? Hehe.. Sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki nya. And finally I got that.waa!!! hepi lorhh. Kebetulan ada PC Fair kat KLCC and terkebetulan pulak duit tengah ade soo, ape lg.. Tiba lah masa untuk aku usha2 External ni. Actually budget aku RM seratus lebih jerk, and nk beli yang paling murah jerk. Konon!! Tapi bila sampai sana tengok banyak pulak pilihannya. Actually banyak brand yang ade, tapi brand yang paling cun and memikat hati aku ialah Transcend. Dia ade dari 160 GB, 250 GB and 320 GB. 160 GB for RM169, 250 GB for RM209 and 320 GB for RM 239. Bila di hitung2 and seboleh-bolehnya memang aku nk beli yang 320 GB. Waa!! Best kan. Tapi memandangkan budget aku hanya RM seratus lebih soo.. terpaksa lah aku buang hasrat itu. And bila dihitung2, alang2 kalu beli yang 160 GB pun dah dekat ngn RM 200. baik aku beli jerk terus yang harga RM 209 tu kan. Soo.. bodek punya bodek ngn abg Chinese tu, dapat la yang 250 GB tu dengan harga RM 203. Waa!! Boleh la tu, dah jimat RM 6. hehehe.. penat betul membodek, but berbaloi la jugekk, ok ler tu.

Alamak!!.. duit la pulak tak cukup, terpaksa la keluar balik dari PC Fair tu untuk amik duit. Aduhai.. nyesal pulak tak kuarkan duit terus tadi. Nak kuar dari tempat PC Fair tu.. kene la pulak meredah barisan bala tentera maxis broadband yg tengah wt promotion. Aduhai!!! Semak, semak. Tapi xpe, demi kerana impian aku untuk memilikinya akan ku redah segalanya. Hehe.. Keluar balik, masuk balik and finally, yeahuuuu!! Dapat gak aku beli External Hard Drive ni. Ngeee~~~ hepi lorh, and penat jugak. Sian member aku, mesti ko penat kan Kin?? Sowiii… Tp xpe lah sekali sekala exercise sket. Hehehe..

Hati pun dah senang soo.. tiba lah masa utk pulang. KFC?? Bila ternampak KFC baru lah teringat perut ku sedang kelaparan. Hehhe.. dan dan jerk kan. Masuk jer KFC ternampak la mereka yang aku kenali. Jeng2, siapa kah mereka?? Hehe.. Ali, Boy and member die lg sorang. Ooo.. datang PC Fair gak rupanya. Time dalam PC Fair td intai jugak, kot2 ade jumpa ngn member yang aku kenal. Tak pulak jumpa. Diorang baru nk pegi rupanya, kita dah nk balik dah. Huhu…

Hati senang, perut pun dh kenyang… Waaa!! Xsabar rs nk balik umah. Time2 nak balik tu terserempak pulak dengan norma, norma Sarawak. Ekeke.. die keje part time kt situ. Ok gak nmpk die kje, xde la penat sgt.

Kene la balik sorang2, ekin nak balik umah die. Huhu.. terpaksa la kita berpisah di stesen lrt ni. Huhu.. Ko naik ke Kelana Jaya and aku naik ke Gombak. Bye2.. Kin!! Dah sampai tu boleh pulak hujan. Aduhai!! Dah la tak bawak payung ni, habis la basah. Habis la basah paper bag PC Fair aku ni. Hehehe.. Terpaksa la jugak aku meredah hujan tu, tp seb baik xlebat sgt, hujan renyai2 jerkk. Kalu x memang gerenti lencun aku dibuatnyer. Tapi yang aku musykil tu, selalu jer time aku balik mesti hujan n mesti aku kene hujan. Aduhai!! Sedey betoi laa. Huk huk huk.. ni rs nk nangis ni. Asal aku balik jer hujan, asal hujan jer aku balik. Hehehe.. dah memang begitu kehendaknya, layan je lah>>>

Monday, April 6, 2009

Arisa lagi!!

Waaa!! oleh kerana aku masih berada dalam mood Arisa>> soo... aku akan letak video Arisa, part yang aku rasa paling best dalam cite ni. Huahua..>> Walaupun banyak part yang best2 tp aku nk letak 1 jerr. Hehehe.. Ianya hanya untuk menghiburkan diri sendiri semata2. Ngee~~~ jom layan>>>


Dari Mata Arisa

Aduhai.. syok la pulak layan cite Dari Mata Arisa. Dari Mata Arisa sebuah drama yang diadaptasi dari novel Kau Sayangku karya Bikash Nur Idris. Novel die xpernah lak aku bc, maybe best kot sebab cite die mmg best. Actually cite ni dh lme main kt RTM, tp sekarang disiarkan kembali diatas permintaan ramai. Soo.. mmg patut la di ulang tayang balik, sebab mmg best pun. Huhu.. tp aku hanya berpeluang utk tgk kat u-tube je lah. Drama ni ade 40 episod kesemuanya, n skang aku baru tengok sampai 20 episod. Sebab sampai situ jer pun yang ade lam u-tube. huhu.. Xsabo2 rs nyer nk tengok episod seterusnya. Thanks ya!! kpd insan yg sudi meng'upload' drama ni.

Oleh kerana aku dah tangkap lentok kt drama ni,soo.. aku pn ape lg>>> aku download la cite ni n layan la sepuas2 yg mungkin. Hahhaha.. best2!!>> n oleh kerana hati aku betul2 tergoda dengan keayuan n kecomelan Arisa>> aku snap banyak2 pic die. Waaa!!! memang best!!! n ape lg>> jom layan pic Arisa yang berjaya aku snap. hihihi>>>
============================================================


Arisa and Akiff Air mata seorang ArisaThe best part in this drama
==============================================================

Friday, April 3, 2009

Datuk Siti Nurhaliza : Istimewa Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H

Aduhai.. entah sudah kali ke berapa aku jatuh cinta dengan suara merdu Datuk Siti Nurhaliza. Soo..awesome!!. I really love her voice. Bestnyer kalu aku punya suara selunak merdu like Datuk siti, ohh!! sonoknyerr!! hehehe.. :) Actually i'm not the fanatic fans of Datuk Siti, n i'm just love her voice only. I dont really like to know about her self, her life n her world. I dun care!! But for sure I noe, the story of Datuk Siti Nurhaliza. Because the world tell me. N for me, She is the best singer n noe body can challenge her until rite now. She has attitude, she has a charismatic, n the most important is she noe how 2 "bawa diri", "jaga diri" n always keep her self in safety. Die sentiasa membawa identiti malay n ketimuran dalam diri die. Just a good thing...

Cuma satu jerrr..yg paling aku xleh terima psl Datuk Siti ni, iaitu... Die punya tudung!! Datuk Siti, U tahu x.. U tersangat la cantik n comel kalu bertudung n berpakaian sebagaimana di malam sinar maulidurrasul hari tu. Aduhaii.. kalu lah U boleh kekal kan imej mcm 2, gerenti satu Malaysia hepi.Hehehe.. :) betul!! kalu xcaye, try bt>> hehe.. Moh kte nengok performance Datuk Siti dimalam Istimewa Sinar Maulidurrasul, penuh dengan ciri muslimah. I like!!!>>>>